LAMAN UTAMA

PENGENALAN TENTANG KAMPUNG KAMI 

PETA BAHGIAN BETONG

Daerah Betong telah dinaikkan taraf menjadi Bahagian Betong pada 26 Mac 2002. Sebelum ini ia merupakan salah satu daerah di dalam Bahagian Sri Aman. Keluasan Bahagian Betong ialah 4,180.8 km persegi. Kawasan di bawah pentadbirannya meliputi kawasan Betong dan Saratok. Jumlah penduduknya berdasarkan banci penduduk 2000 adalah 92,427 orang. Penduduknya pelbagai kaum yang terdiri daripada kaum Me IbanCina dan Bidayuh. Daerah Betong ditadbir oleh Majlis Daerah Betong yang merangkumi kawasan bandar Betong sendiri termasuk pekan DebakPusaSpaoh dan kawasan-kawasan sekitarnya. Manakala daerah Saratok di tadbir oleh Majlis Daerah Saratok.
Betong juga menjadi tumpuan penduduk tempatan kerana diketahui mempunyai pantai-pantai yang tidak kurang menarik seperti pantai Tanjung Kembang dan pantai Gerigat yang terletak di Kabong.

Debak sebuah pekan kecil yang komprehensif dan membangun terletak di antara Betong dan Saratok. Dengan menyelusuri Lebuhraya Pan-Borneo, Debak kini dapat diakses dengan jalan darat berturap. Dengan status sebagai sebuah daerah kecil, Debak menawarkan pelbagai kegiatan sosio- ekonomi kepada penduduk di sekitar kawasannya.
Sungai Rimbas yang mengalir lesu di dada Debak merupakan nadi utama perhubungan Debak dengan kawasan di sekelilingnya. Kegiatan pertanian merupakan ikon utama pekerjaan penduduk Debak. Sesuai dengan peredaran masa dan tahap intelek yang semakin tinggi, 35 peratus dari penduduk Debak sudah berkarier di sektor kerajaan, swasta dan menjadi usahawan.
Dilengkapi dengan kemudahan asas, Debak juga menjadi tumpuan kepada penduduk disekitar kejiranan daerah dengan pelbagai keunikan dan keistimewaan. Komposisi penduduk yang merangkumi Melayu, Iban dan Cina cukup menjadikan Debak sebuah kawasan yang mesra dan meriah.

Di Debak, terdapat beberapa penempatan Melayu yang menjadi sebahagian gugusan kelompok Melayu Saribas. Antaranya Debak sendiri yang terdiri dari Kampung Babu, Kampung Bungey, Kampung Lalang dan Kampung Debak Laut. Selain dari itu, Dit, Tuie dan Serabang juga merupakan penempatan Melayu Saribas di Debak.

KEDUDUKAN RUMAH PANJANG JERAI DEBAK



Rumah panjang Jerai telah ditubuhkan pada tahun 1917 . Nama rumah panjang jerai diambil daripada tumbuhan yang dinamakan 'Nyerai' . Rumah panjang jerai ini terletak di kawasan Debak .Rumah panjang ini mepunyai 49 pintu . Penduduk di rumah jerai adalah seramai 293 orang 140 lelaki dan 153 perempuan . Perjalanan dari pekan Debak ke jerai mengambil masa selama 1 jam setengah . Rumah panjang kami mempunyai ekonomi yang kuat .Antara kegiatan yang dijalankan seperti rumbia , getah, padi , limau dan sawit.Penduduk kami juga ada membuat lepu daripada rumbia .Ini dapat menampung kos sara hidup penduduk .Penduduk rumah panjang kami juga telah menubuhkan persatuan Biro wanita pada tahun 2011 sehingga sekarang. Rumah panjang kami juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri seperti menyimpan patung burung Kenyali dan Antu Pala.Penduduk rumah panjang kami juga mempunyai penduduk yang saling bantu - membantu apabila jiran tertangga menghadapi masalah . Penduduk kami juga bersatu padu dan sehati sejiwa . 




Penduduk di Rumah Jerai 




BURUNG KENYALI 

No comments:

Post a Comment